Sabtu, 28 Ogos 2010

Nuzul Al-Quran Al-Kareem..






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


  • Ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah ketika Rasulullah bersendirian di Gua Hira’. Peristiwa itu yang dikenali sebagai Nuzul al-Quran disambut setiap kali tibanya 17 Ramadan.
  • Al-Quran telah disampaikan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
  • Malah apabila Rasulullah SAW menghembuskan nafas yang terakhir, mukjizat agung tinggalan baginda adalah kitab suci al-Quran, selain hadis yang menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia sehingga ke akhir zaman.
  • Hakikatnya, penguasaan ayat-ayat al-Quran penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
  • Menerusi al-Quran manusia mengenali tujuan mereka dihidupkan di atas muka bumi ini dan menjalani cara hidup sebagaimana dituntut syarak.
  • Allah berfirman yang bermaksud: ‘‘Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim. (an-Nahl: 89)”
  • Lantas, menguasai al-Quran perlu bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang untuk membaca nya dengan baik. Dalam surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman: ‘‘Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”
  • Al-Quran bukan sekadar perlu dibaca tetapi ia perlu difahami kerana di dalamnya terdapat panduan dalam segala aspek kehidupan.
    Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah an-Nisa ayat 82 yang bermaksud: Apakah mereka tidak tadabur Al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.
    Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan