Selasa, 11 Disember 2012

Saidina Umar al-Khattab ~ Tobibul Qulub

بسم الله الرحمن الرحيم...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SubhanaWaTaala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kepada hamba-hamba-Nya. 

Membaca kisah-kisah para sahabat Nabi ini amat memberi kesan pada jiwa kita dalam meningkatkan lagi keimanan yang sentiasa perlu diperbaiki dan dimantapkan. Kisah Saidina Umar al-Khattab bersama Khalid al-Walid adalah antara salah satu kisah menarik untuk dihayati bersama..




Khalid al-Walid, siapa yang tidak kenal? Jeneral tentera Islam yang sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Beliau sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Khalid Al-Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW dengan melucutkan jawatan Khalid Al-Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli tentera Muslim yang tidak berpuas hati.

Khalid Al-Walid masih tersenyum.

"Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid Al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.

Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, beliau pun berkata,

"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik." "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar Tobibul Qulub..Subahnallah.


Kredit ~ 
http://dirihamba.blogspot.com/2012/06/khalid-al-walid-saidina-umar-al-khattab.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan