Sabtu, 30 Oktober 2010

Info Ringkas..Orang Asli, Kg Orang Asli Ulu Chembong

Orang Asli

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu.

Fakta Sejarah

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Orang Asli Ulu Chembong

Majoriti penduduk kampong Orang Asli Ulu Chembong adalah terdiri daripada Kumpulan Kaum Orang Asli Melayu-Proto yang mencakupi rumpun bangsa Temuan. Temuan merupakan rumpun bangsa keempat besarnya dalam hierarki kaum Orang Asli. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terdapat di negeri Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh, di Pahang dan juga Muar di Johor. Rumpun bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih di mana keistimewaan Batin adalah selaku salah seorang daripada ahli dalam perlantikan Undang.


8 Julai 2010
Pelantikan Batin baru Kg.Orang Asli Ulu Chembong
LEBAT BIN JOHO

Inilah dia batin baru bagi penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang diduduki oleh 51 keluarga.
YB Adun Chembong dalam ucapannya mengingatkan ibubapa orang asli agar menitikberatkan bidang pendidikan.



Antara program yang pernah diadakan di Kg Orang Asli Ulu Chembong ..  pada tahun lepas iaitu pada 10 Oktober 2010


Majlis Perasmian Projek Bekalan Air dan Elektrik yang dijayakan oleh Yayasan Salam dan Philip Morris

Program seterusnya..........

...... InsyaAllah, pada 5-7 November  para pelajar semester 6, Program Pendidikan USIM akan bertandang ke Kampung Orang Asli Uu Chembong ini selama 3 hari bagi merealisasikan sebuah Program Mega  (khidmat kemasyarakatan) yang bercorakan pendidikan terutamanya untuk memberikan kesedaran kepada penduduk kampung berkenaan kepentingan pendidikan kepada anak-anak... diharapkan semua sahabat-sahabat ISMP juga  sudah bersedia untuk memberikan komitmen  yang terbaik bagi menjayakan program ini nanti..;-)))


Para penduduk kampung juga nampaknya sudah bersedia menantikan kedatangan kita, dengan kawasan kampung sudah mula dibersihkan serta memasang sebuah pentas baru untuk digunakan sempena program ini nanti ..



PROGRAM EKSPLORASI MURABBI BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI ….        (PERMAI '10)
"Melestarikan Hari Esok...." 

Info : http://infoasyik.blogspot.com/2009_04_01_archive.html 
http://limanov.blogspot.com/2010/07/batin-baru-ulu-chembong.html
http://mizie7.wordpress.com/2009/10/14/perkampungan-orang-asli/





Tiada ulasan:

Catat Ulasan