Rabu, 8 Disember 2010

Cahaya Hijrah..

بسم الله الرحمن الرحيم...
Tahun 1431Hijrah sudahpun melabuhkan tirainya ...
Lembaran baru 1 Muharam 1432 Hijrah pula membuka tirainya...أهلا وسهلا ومرحبا بك


Apakah persediaan kita untuk tahun ini???Bagaimana pula persembahan hidup kita yang lepas untuk-Nya??? inilah antara luangan dan ruangan masa yang ada untuk diri ini mengimbau kembali saat-saat masa yang telah ditinggalkan..imbau bukan sekadar imbau, renung bukan sekadar renung tetapi mencari dimana kelemahan, dimana kesalahan dan dimana kekurangan yang perlu ditambah, dibetulkan serta diperbaiki ..untuk apa??? sudah tentu untuk menjadi HAMBA yang benar-banar bertakwa serta diredhai-Nya ...


ayuhlah wahai diri ini untuk berMUHASABAH...andainya tidak ada luangan atau mungkin kelalaian diri ini untuk bermuhasabah  pada setiap malam harinya, setiap minggunya atau bulannya...masih lagi tidak terlambat rasanya untuk diri ini menilai segala amalan yang telah dilalui sepanjang saat detik serta MASA yang lepas....

MASA...???
Dimanakah masa-masa kita yang berlalu ?? adakah diisinya dengan perkara-perkara kebaikan atau sebaliknya?? itulah antara kepentingan masa yang perlu dijaga serta diuruskan sebaik mungkin oleh setiap yang bergelar Hamba-Nya.. terutamanya bagi menunaikan segala kewajipan yang diperintah,  menambahkan amalan-amalan sunat, menghindari segala yang  makruh dan meninggalkan segala larangan-larangan..

Dalam Al-Quran al-Kareem, terkandung satu surah yang dinamakan al-Asr  yang menjelaskan betapa manusia itu berada dalam kerugian yang nyata jika tidak menggunakan masan-masanya untuk kebaikan dan amal soleh...inilah pentingnya untuk diri ini menilai kembali setiap detik masa dan waktu yang dilalui itu samada memberi manfaat atau sebaliknya...

Jika dirasakan amalan yang dilakukan itu sudah baik teruslah beristiqamah dalam amalan tersebut, dan jika dirasakan masih ada kekurangan haruslah ianya ditambah...inilah tujuan muhasabah diri tadi untuk mengarahkan diri kita kepada pengisian masa yang lebih baik iaitu kearah pembentukan kesempurnaan iman yang hakiki melalui amalan-amalan  yang diredhai Allah s.w.t..

Bersempena tahun baru Islam (Maal Hijrah), dengan mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya terutama dalam kisah HIJRAHnya dimana Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. 

Oleh yang demikian,jika dihayati dari konteks yang lebih dekat untuk diri kita, marilah hijrahkan diri ini ke jalan Allah dengan lebih baik. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :

“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Semangat hijrah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabat-sahabat ini seharusnya dijadikan contoh teladan yang terbaik kerana di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman. Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Ayuh sama-samalah diri ini mengisi masa-masa  yang akan dilalui sepanjang tahun 1432 Hijrah dengan semangat yang tinggi untuk melakukan segala amalan baik yang diredhai Allah s.w.t bagi menghasilkan natijah yang terbaik disisi-Nya kerana-Nya....insyaAllah...


  
 









 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan