Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Eidilfitri 1432 Hijrah ..



Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah : Ayat 285 :


Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah  kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Ayat ini adalah merupakan ayat yang menjelaskan tentang  kewajipan ibadah puasa kita sebagai seorang Muslim serta ketetapan Allah terhadap sesiapa yang tidak mampu serta berkeupayaan untuk berpuasa. Setelah itu, selepas kita  berjaya melawan hawa nafsu dengan mampu mencukupkan  sebulan  bilangan puasa ,  seharusnya  kita menyambut Aidilfitri ini dengan menagungkan dan membesarkan Allah S.W.T (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya  iaitu kita berjaya melaksanakn ibadah puasa untuk-Nya dengan sempurna dan supaya kamu bersyukur. Iaitulah bersyukur hanya pada Allah S.W.T yang memberikan segala nikmat samada kesihatan , rezeki , kesempatan hidup (masa) dan segalanya.


Sesungguhnya "Hari Raya Aidil Fitri" yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan. 


Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang.  Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tahun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.

Kemuliaan "Hari Raya Aidil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:

68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)

68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.
(Riwayat Ibn Majah)

Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla. 
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan. ..

Sama-samalah kita berusaha untuk mencari keredhaan-Nya dengan melakukan amal ibadah yang terbaik untuknya disepanjang hidup kita..insya Allah..

Akhir kalam saya mengucapkan salam Eidilfitri 1432 Hijrah kepada semua …terutamanya keluarga tercinta, rakan-rakan serta semua umat Islam di seluruh dunia..
تقبل الله منا ومنكم الأعمال الصالحة
ونسأل الله أن يكون هذا العيد عيدا على كل بلاد الإسلام
وفاتحة الخير والعز والنصرة بإذنه سبحانه
ونسأله سبحانه جمع كلمة المسلمين على الحبل المتين
  شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله

Tiada ulasan:

Catat Ulasan