Selasa, 11 Disember 2012

Saidina Umar al-Khattab ~ Tobibul Qulub

بسم الله الرحمن الرحيم...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SubhanaWaTaala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kepada hamba-hamba-Nya. 

Membaca kisah-kisah para sahabat Nabi ini amat memberi kesan pada jiwa kita dalam meningkatkan lagi keimanan yang sentiasa perlu diperbaiki dan dimantapkan. Kisah Saidina Umar al-Khattab bersama Khalid al-Walid adalah antara salah satu kisah menarik untuk dihayati bersama..




Khalid al-Walid, siapa yang tidak kenal? Jeneral tentera Islam yang sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Beliau sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Khalid Al-Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW dengan melucutkan jawatan Khalid Al-Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli tentera Muslim yang tidak berpuas hati.

Khalid Al-Walid masih tersenyum.

"Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid Al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.

Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, beliau pun berkata,

"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik." "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar Tobibul Qulub..Subahnallah.


Kredit ~ 
http://dirihamba.blogspot.com/2012/06/khalid-al-walid-saidina-umar-al-khattab.html

Sabtu, 24 November 2012

Cahaya atas Cahaya .. نور على نور

بسم الله الرحمن الرحيم ..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T dengan rahmat-Nya masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik, mudah-mudahan kita semua sentiasa dapat melaksanakan amal ibadah dalam mencapai redha-Nya..aamiin


Penjelasan  yang begitu cantik berkenaan “ayat cahaya” dalam Surah An-Nur: 35 dibawakan untuk perkongsiaan bersama sebagai renungan dan panduan untuk kita lebih menghayati dan bermuhasabah diri, Insya-Allah..


Surah an-Nur ayat : 35

"Hatimu adalah cermin. Bersihkan cermin itu dari debu yang menabirinya, sebab cermin itu ditakdirkan untuk memantulkan cahaya rahasia ilahi. Ketika cahaya dari Allah (Dzat) yang merupakan Cahaya langit dan bumi mulai menyinari wilayah hatimu, maka pelita hati akan menyala. Pelita hati itu ada dalam kaca; kaca yang laksana bintang yang bersinar terang.

"Kemudian di dalam hati muncul sinar makna yang bukan muncul dari Timur dan juga dari Barat, yang menyala berkat pohon zaitun yang diberkati, yang memancarkan cahaya menerangi pohon pencerahan, begitu jernihnya sehingga bersinar walau tak disentuh oleh api. 

"Lalu menyalalah pelita kearifan. Mana mungkin pelita itu tidak menyala bila cahaya rahsia Allah menyinarinya? Langit-langit gelap ketidaksedaran akan jadi terang berkat kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan purnama yang akan muncul dari cakerawala yang memancarkan cahaya di atas cahaya.

Cahaya yang dimaksudkan  adalah "Orang  yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat  dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)" mafhum ayat 37: surah an-Nur

Ayat-ayat ini menunjukkan adanya hubungan timbal-balik antara zikir dengan Allah. Allah adalah pemilik Cahaya, dan disebabkan menyebut atau mengingat Nama-Nya serta melakukan segala suruhan-Nya akan memunculkan “kandungan” cahaya yang ada dalam setiap Asma atau ayat Al-Quran yang dibaca dan disebut-sebut. Ketika orang berzikir maka ia akan mengeluarkan cahaya dari lathifah rabbaniyah yang meliputi dirinya, mempengaruhi hati, dan menerangi dirinya. 

jadi sama-samalah kita berusaha lebih baik lagi dengan sentiasa mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah sebagai panduan bagi mendapatkan Cahaya-Nya yang lebih terang, lebih jernih dan lebih indah...insya-Allah

Rabu, 25 Januari 2012

Kisah Buah Limau ..

 بسم الله الرحمن الرحيم ...
Alhamdulillah.. dapat menikmati buah limau yg rasanya sgguh sedap..

nyum ~ nyummy ~_~

entri kali ini, brkenaan buah limau sbbnya sambil mkn buah limau ni, 
teringat dgn satu kisah teladan yg telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah 
ketika baginda diberikan hadiah buah limau oleh seseorang, jom kita bc kisahnya ::

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."  Wallahua'lam
~ masam manis limau ~ _~
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


terima kasih, syukran..
lps bc jadikaan teladan .. ^-^







Sabtu, 21 Januari 2012

Blog vs Hati ..

Assalamua'laikum ...

Alhamdulillah.. lama dah tak menjenguk blog kesayangan ini .. huhu, 
dah berhabuk dan kotor nampaknya ..hehhe..blog berhabuk & kotor x pe la kan ..
jangan hati kita yang satu itu berhabuk dan kotor sudah.. 

    gambar sekadar hiasan =)

sebabnya hati kita itulah yang memandu hidup kita seharian..
kalau hati sudah kotor, makanya macam mana nak nampak perjalanan hidup ini..kan?

                                                hati perlu dibersihkan, dgn air ker ? =)

oleh itu, kita kenalah sentiasa jaga dan pelihara hati kita..
kalau sakit atau dah kotor, cepat-cepatlah bertindak ..
dengan makan ubat atau menyucikannya ..:-)


antara ubat/ pencuci yang mudah untuk memebersihkan hati ialah : 

~ Sentiasa baca al-Quran dan memahami maknanya

~ Solat malam (qiamullail)
~ Berkumpullah dengan oreng soleh ( terutamanya untuk belajar )
~ Perbanyakkan puasa
~ Perbanyakkan zikir(astagfirullah, laillahillah, alhamdulillah ..) / selawat 


                                                             gambar ehsan dr : nasyidfm

terima kasih, syukran, 
lepas bc  jom amalkan ..
insyaAllah..

Ahad, 11 Disember 2011

Muharram..

Salam Muharram.. hari ni sudah 15 Muharram 1433 Hijrah..Untuk entri kali ini suka untuk saya berkongsi mengenai bulan ini..

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, Mafhum: ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

kredit to : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/11/kelebihan-bulan-muharram.html

Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Eidilfitri 1432 Hijrah ..



Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah : Ayat 285 :


Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah  kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Ayat ini adalah merupakan ayat yang menjelaskan tentang  kewajipan ibadah puasa kita sebagai seorang Muslim serta ketetapan Allah terhadap sesiapa yang tidak mampu serta berkeupayaan untuk berpuasa. Setelah itu, selepas kita  berjaya melawan hawa nafsu dengan mampu mencukupkan  sebulan  bilangan puasa ,  seharusnya  kita menyambut Aidilfitri ini dengan menagungkan dan membesarkan Allah S.W.T (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya  iaitu kita berjaya melaksanakn ibadah puasa untuk-Nya dengan sempurna dan supaya kamu bersyukur. Iaitulah bersyukur hanya pada Allah S.W.T yang memberikan segala nikmat samada kesihatan , rezeki , kesempatan hidup (masa) dan segalanya.


Sesungguhnya "Hari Raya Aidil Fitri" yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan. 


Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang.  Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tahun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.

Kemuliaan "Hari Raya Aidil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:

68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)

68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.
(Riwayat Ibn Majah)

Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla. 
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan. ..

Sama-samalah kita berusaha untuk mencari keredhaan-Nya dengan melakukan amal ibadah yang terbaik untuknya disepanjang hidup kita..insya Allah..

Akhir kalam saya mengucapkan salam Eidilfitri 1432 Hijrah kepada semua …terutamanya keluarga tercinta, rakan-rakan serta semua umat Islam di seluruh dunia..
تقبل الله منا ومنكم الأعمال الصالحة
ونسأل الله أن يكون هذا العيد عيدا على كل بلاد الإسلام
وفاتحة الخير والعز والنصرة بإذنه سبحانه
ونسأله سبحانه جمع كلمة المسلمين على الحبل المتين
  شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله