Memaparkan catatan dengan label Santapan Rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santapan Rohani. Papar semua catatan

Sabtu, 24 November 2012

Cahaya atas Cahaya .. نور على نور

بسم الله الرحمن الرحيم ..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T dengan rahmat-Nya masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik, mudah-mudahan kita semua sentiasa dapat melaksanakan amal ibadah dalam mencapai redha-Nya..aamiin


Penjelasan  yang begitu cantik berkenaan “ayat cahaya” dalam Surah An-Nur: 35 dibawakan untuk perkongsiaan bersama sebagai renungan dan panduan untuk kita lebih menghayati dan bermuhasabah diri, Insya-Allah..


Surah an-Nur ayat : 35

"Hatimu adalah cermin. Bersihkan cermin itu dari debu yang menabirinya, sebab cermin itu ditakdirkan untuk memantulkan cahaya rahasia ilahi. Ketika cahaya dari Allah (Dzat) yang merupakan Cahaya langit dan bumi mulai menyinari wilayah hatimu, maka pelita hati akan menyala. Pelita hati itu ada dalam kaca; kaca yang laksana bintang yang bersinar terang.

"Kemudian di dalam hati muncul sinar makna yang bukan muncul dari Timur dan juga dari Barat, yang menyala berkat pohon zaitun yang diberkati, yang memancarkan cahaya menerangi pohon pencerahan, begitu jernihnya sehingga bersinar walau tak disentuh oleh api. 

"Lalu menyalalah pelita kearifan. Mana mungkin pelita itu tidak menyala bila cahaya rahsia Allah menyinarinya? Langit-langit gelap ketidaksedaran akan jadi terang berkat kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan purnama yang akan muncul dari cakerawala yang memancarkan cahaya di atas cahaya.

Cahaya yang dimaksudkan  adalah "Orang  yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat  dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)" mafhum ayat 37: surah an-Nur

Ayat-ayat ini menunjukkan adanya hubungan timbal-balik antara zikir dengan Allah. Allah adalah pemilik Cahaya, dan disebabkan menyebut atau mengingat Nama-Nya serta melakukan segala suruhan-Nya akan memunculkan “kandungan” cahaya yang ada dalam setiap Asma atau ayat Al-Quran yang dibaca dan disebut-sebut. Ketika orang berzikir maka ia akan mengeluarkan cahaya dari lathifah rabbaniyah yang meliputi dirinya, mempengaruhi hati, dan menerangi dirinya. 

jadi sama-samalah kita berusaha lebih baik lagi dengan sentiasa mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah sebagai panduan bagi mendapatkan Cahaya-Nya yang lebih terang, lebih jernih dan lebih indah...insya-Allah

Sabtu, 21 Januari 2012

Blog vs Hati ..

Assalamua'laikum ...

Alhamdulillah.. lama dah tak menjenguk blog kesayangan ini .. huhu, 
dah berhabuk dan kotor nampaknya ..hehhe..blog berhabuk & kotor x pe la kan ..
jangan hati kita yang satu itu berhabuk dan kotor sudah.. 

    gambar sekadar hiasan =)

sebabnya hati kita itulah yang memandu hidup kita seharian..
kalau hati sudah kotor, makanya macam mana nak nampak perjalanan hidup ini..kan?

                                                hati perlu dibersihkan, dgn air ker ? =)

oleh itu, kita kenalah sentiasa jaga dan pelihara hati kita..
kalau sakit atau dah kotor, cepat-cepatlah bertindak ..
dengan makan ubat atau menyucikannya ..:-)


antara ubat/ pencuci yang mudah untuk memebersihkan hati ialah : 

~ Sentiasa baca al-Quran dan memahami maknanya

~ Solat malam (qiamullail)
~ Berkumpullah dengan oreng soleh ( terutamanya untuk belajar )
~ Perbanyakkan puasa
~ Perbanyakkan zikir(astagfirullah, laillahillah, alhamdulillah ..) / selawat 


                                                             gambar ehsan dr : nasyidfm

terima kasih, syukran, 
lepas bc  jom amalkan ..
insyaAllah..

Rabu, 8 Disember 2010

Cahaya Hijrah..

بسم الله الرحمن الرحيم...
Tahun 1431Hijrah sudahpun melabuhkan tirainya ...
Lembaran baru 1 Muharam 1432 Hijrah pula membuka tirainya...أهلا وسهلا ومرحبا بك


Apakah persediaan kita untuk tahun ini???Bagaimana pula persembahan hidup kita yang lepas untuk-Nya??? inilah antara luangan dan ruangan masa yang ada untuk diri ini mengimbau kembali saat-saat masa yang telah ditinggalkan..imbau bukan sekadar imbau, renung bukan sekadar renung tetapi mencari dimana kelemahan, dimana kesalahan dan dimana kekurangan yang perlu ditambah, dibetulkan serta diperbaiki ..untuk apa??? sudah tentu untuk menjadi HAMBA yang benar-banar bertakwa serta diredhai-Nya ...


ayuhlah wahai diri ini untuk berMUHASABAH...andainya tidak ada luangan atau mungkin kelalaian diri ini untuk bermuhasabah  pada setiap malam harinya, setiap minggunya atau bulannya...masih lagi tidak terlambat rasanya untuk diri ini menilai segala amalan yang telah dilalui sepanjang saat detik serta MASA yang lepas....

MASA...???
Dimanakah masa-masa kita yang berlalu ?? adakah diisinya dengan perkara-perkara kebaikan atau sebaliknya?? itulah antara kepentingan masa yang perlu dijaga serta diuruskan sebaik mungkin oleh setiap yang bergelar Hamba-Nya.. terutamanya bagi menunaikan segala kewajipan yang diperintah,  menambahkan amalan-amalan sunat, menghindari segala yang  makruh dan meninggalkan segala larangan-larangan..

Dalam Al-Quran al-Kareem, terkandung satu surah yang dinamakan al-Asr  yang menjelaskan betapa manusia itu berada dalam kerugian yang nyata jika tidak menggunakan masan-masanya untuk kebaikan dan amal soleh...inilah pentingnya untuk diri ini menilai kembali setiap detik masa dan waktu yang dilalui itu samada memberi manfaat atau sebaliknya...

Jika dirasakan amalan yang dilakukan itu sudah baik teruslah beristiqamah dalam amalan tersebut, dan jika dirasakan masih ada kekurangan haruslah ianya ditambah...inilah tujuan muhasabah diri tadi untuk mengarahkan diri kita kepada pengisian masa yang lebih baik iaitu kearah pembentukan kesempurnaan iman yang hakiki melalui amalan-amalan  yang diredhai Allah s.w.t..

Bersempena tahun baru Islam (Maal Hijrah), dengan mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya terutama dalam kisah HIJRAHnya dimana Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. 

Oleh yang demikian,jika dihayati dari konteks yang lebih dekat untuk diri kita, marilah hijrahkan diri ini ke jalan Allah dengan lebih baik. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :

“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Semangat hijrah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabat-sahabat ini seharusnya dijadikan contoh teladan yang terbaik kerana di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman. Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Ayuh sama-samalah diri ini mengisi masa-masa  yang akan dilalui sepanjang tahun 1432 Hijrah dengan semangat yang tinggi untuk melakukan segala amalan baik yang diredhai Allah s.w.t bagi menghasilkan natijah yang terbaik disisi-Nya kerana-Nya....insyaAllah...


  
 









 

Ahad, 4 Julai 2010

5 SEBAB HATI JADI BERCAHAYA



5 SEBAB HATI JADI BERCAHAYA

Maka ketahuilah, bahwa :

Pertama, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.


Kedua, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk surga Allah.


Ketiga, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas tindakan menyia-nyiakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.


Keempat, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas terhinanya kaum muslimin karena mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.


Kelima, hati akan bersinar dengan kesedihan karena menyesal atas perpecahan yang terjadi di tubuh para 'ulama/da'i-da'i muslim karena egoisme mereka yang hanya sibuk dengan urusan pribadi daripada memikirkan tujuan da'wah yang lebih utama.


(Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)




ZIKRULLAH


7 KALIMAH UNTUK DIAMALKAN


1. Mengucap Bismillah ( بسم الله) pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah ( الحمدالله) pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah (استغفرالله) jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.


4. Mengucap Insya Allah (إنشاء الله) jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ( لا حولا ولا قوة الا بالله ) jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ( إن لله وإن اليه راجعون) jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah ( لا اله الا الله محمد رسول الله) sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Rabu, 30 Jun 2010

KEBAHAGIAAN السعادة HAPPINESS


بسم الله الرحمن الرحيم


Petunjuk Kebahagiaan

Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu:


1. Jika mendapat nikmat, dia bersyukur.
2. Jika mendapat ujian, dia bersabar.
3. Jika berbuat dosa, dia beristighfar.

Untuk Mendapat Bahagia

Untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan adalah sebagai berikut, perhatikan perkara berikut:

1. Beriman Kepada Allah
s.w.t.

Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah s.w.t. Kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman seseorang kepada Allah
s.w.t., dan akan berkurang bersama dengan lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin teguh maka makin memuncak pula kebahagiaannya. Sebaliknya jika iman menjadi lemah, maka jiwanya menjadi goncang dan fikirannya menjadi semakin negatif. Dia akan berasa kehidupan ini amat pahit dan dia akhirnya ditimpa kebinasaan dalam hidupnya.

2. Beriman kepada Kekuasaan Allah s.w.t.

Orang yang beriman bahwa Allah s.w.t. adalah yang
Maha Kuasa, tanpa had, maka dia tidak akan dirundung duka. Dia tidak akan disapa kesedihan kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat ketika ditimpa ujian dan kesulitan.

3. Beriman dengan Ketetapan Allah s.w.t

Iman dengan qadha' dan qadar akan menumbuhkan sikap redha dalam hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh kerana itu Nabi s.a.w bersabda,
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik. Jika diberi nikmat maka dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu pun baik baginya.” (HR Muslim)

4. Mencontohi Orang yang
Berjaya

Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah menaburkan jasa yang besar dan luar biasa kepada
umat manusia dan dia adalah orang yang beriman kepada Allah s.w.t . Yang pertama dan utama adalah ikutan kita Rasulullah Muhammad s.a.w Dengan mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.

5. Mengenali Hakikat Kehidupan



Hidup pasti akan berhadapan dengan
masalah dan kesusahan dan pasti ada rintangan dan ujian. Semua ini merupakan ketetapan dari Allah s.w.t. terhadap manusia, supaya diketahui siapakah yang lebih baik amalnya. Maka wajib bagi kita untuk mengenal hakikat hidup ini dan menerima sebagaimana sepatutnya dan tidak melarikan diri untuk menghadapi ketentuan Allah dengan ketentuan lainnya, menghadapi yang tidak kita senangi dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Mengetahui permasalahan ini bukan bererti menyerah kalah dan putus asa, malah bersikap sebaliknya.

6. Mengubah Kebiasaan Negatif Kepada Positif

Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan baru yang bersifat aqliyah (mampu digarap dan dipikirkan) itu tidaklah
sukar , diperlukan hanya sekitar 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita berfikir, bermuzakarah, lalu berusaha untuk mewujudkan kebiasaan baru itu, dan yang paling akhir kita bayangkan dengan jelas dan sempurna bahwa diri kita telah menjadi seperti apa yang kita inginkan.

Jika kita berfikir bahwa kita telah menjadi orang baru sebagaimana yang kita kehendaki, maka gambaran ini secara perlahan-lahan dan berperingkat akan menjadi suatu realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahwa "al hilm bittahallum wal ilm bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah linnajah wattafawwuq)

7. Tujuan Yang Mulia

Ramai
orang yang gagal kerana dia tidak mempunyai objektif dan tujuan tertentu untuk dicapai. Ataupun mungkin dia mempunyai satu tujuan tetapi tujuannya bukan sesuatu yang mulia dan tinggi menyebabkan ia tidak merasa bahagia tatkala berusaha mendapatkannya. Sedangkan tujuan yang mulia akan menjadikan seseorang merasa bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.

8. Ringankan Derita

Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tidak sepatutnya musibah itu dianggap sebagai titik noktah kepada segalanya, dan jangan beranggapan bahwa hanya dirinya seorang yang mendapat
ujian hidup. Bahkan sepatutntya dia merasa ringan dengan musibah dan tidak terlalu membesar-besarkannya.

9. Jangan Membuatkan Kita Resah
Disebabkan Perkara-Perkara Kecil.

Ada sebahagian manusia merasa resah dan kalut dengan kejadian-kejadian biasa dan lumrah dalam kehidupan seharian. Di antara mereka ada yang begitu sedih dengan pecahnya piring atau gelas, saluran air atau kabel yang terputus, baju yang koyak dan lain-lain yang sebenarnya perkara biasa sahaja.

10. Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda

Jika bahagia itu ada pada diri kita, maka mengapa mesti mencarinya di tempat yang jauh. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan potensi untuk bahagia, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya adalah kerana dia tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi sibuk melihat orang lain.

Kebahagiaan itu kadang-kadang
ada di depan mata, tetapi kita tidak mengetahuinya, sehingga terpaksa mencarinya dari tempat yang jauh dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)

Diadaptasi dari terjemahan
dari buku: ‘Daliluka Ila As-Sa’adah An-Nafsiyah’, Dept. Ilmiyah Darul Wathan .