Ahad, 19 Disember 2010
Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam
Sejarah 10 Muharram
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :
- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Wallahu 'alam
Sabtu, 28 Ogos 2010
Nuzul Al-Quran Al-Kareem..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
- Ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah ketika Rasulullah bersendirian di Gua Hira’. Peristiwa itu yang dikenali sebagai Nuzul al-Quran disambut setiap kali tibanya 17 Ramadan.
- Al-Quran telah disampaikan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
- Malah apabila Rasulullah SAW menghembuskan nafas yang terakhir, mukjizat agung tinggalan baginda adalah kitab suci al-Quran, selain hadis yang menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia sehingga ke akhir zaman.
- Hakikatnya, penguasaan ayat-ayat al-Quran penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
- Menerusi al-Quran manusia mengenali tujuan mereka dihidupkan di atas muka bumi ini dan menjalani cara hidup sebagaimana dituntut syarak.
- Allah berfirman yang bermaksud: ‘‘Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim. (an-Nahl: 89)”
- Lantas, menguasai al-Quran perlu bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang untuk membaca nya dengan baik. Dalam surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman: ‘‘Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”
- Al-Quran bukan sekadar perlu dibaca tetapi ia perlu difahami kerana di dalamnya terdapat panduan dalam segala aspek kehidupan.
Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah an-Nisa ayat 82 yang bermaksud: Apakah mereka tidak tadabur Al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.
Utusan Malaysia Online - Bicara Agama
Isnin, 16 Ogos 2010
ABU ZAR YANG PEMURAH

Abu Zar seorang yang berani. Beliau mengisytiharkan pengislamannya di hadapan Kaabah. Pada ketika itu orang-orang kafir yang menyekutukan Allah mendengar akan kedatangannya. Mereka datang bagi membunuhnya. Kemudian Abu Zar dibantu oleh bapa saudara Nabi Muhammad iaitu Abbas. Abbas memeluk Abu Zar daripada di pukul oleh orang kafir Quraisy.
Menurut cerita, orang kafir itu tidak mengenali Abu Zar. Selepas mereka mengetahui yang Abu Zar adalah dari puak Ghifar, barulah mereka membiarkan dan tidak memukulnya lagi.
Ghifar adalah satu kawasan yang menjadi laluan perjalanan kabilah-kabilah Quraisy semasa hendak ke Syria. Membunuh Abu Zar bermakna mereka tidak dapat berdagang di situ lagi. Malah puak Ghifar bakal menyerang hendap kabilah mereka.
Abu Zar juga seorang yang bersifat takwa dan tabah. Pada masa khalifah Usman, beliau diarahkan supaya berpindah ke kawasan padang pasir yang bernama Rabzah. Beliau tidak suka kepada kekayaan. Beliau sentiasa menentang golongan kaya.
Abu Zar menyara kehidupannya dengan memelihara beberapa ekor unta. Beliau juga mempunyai orang suruhan yang sudah tua.
Pada suatu hari, seorang orang kampung daripada Bani Sulaim datang berjumpa dengannya.
Orang itu berkata: "Saya mahu tinggal bersama tuan. Saya mahu belajar ilmu-ilmu yang tuan ada mengenai perintah Allah dan sunah Nabi Muhammad. Saya sanggup membantu orang suruhan tuan menjaga unta-unta tuan."
Abu Zar memang seorang yang tegas. Beliau mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Lalu Abu Zar berkata: "Saya tidak dapat mengambil sembarangan orang tinggal bersama saya, kecuali dengan satu syarat. Kamu perlu ikut segala arahan saya."
Mendengar jawapan tersebut, lelaki dari Bani Sulaim itu bertanya: "Apakah syaratnya? Saya cuba patuh kepada kemahuan tuan itu."
Kemudian Abu Zar berkata: "Kamu harus menuruti arahan saya. Sekiranya saya menyuruh kamu membelanjakan harta saya, maka kamu perlu membelanjakan harta itu dengan cara yang terbaik."
Orang dari Bani Sulaim itu merasakan bahawa syarat yang diberikan oleh Abu Zar mudah dilakukan. Beliau menerima syarat tersebut. Akhirnya, beliau tinggal bersama Abu Zar.
Pada suatu hari, orang dari Bani Sulaim itu mendengar berita bahawa ada orang miskin berkhemah berhampiran tempat itu. Mereka sangat memerlukan makanan.
Selepas mendengar berita itu, Abu Zar menyuruh orang dari Bani Sulaim menyembelih untanya dan memberi makanan kepada orang miskin tadi. Orang dari Bani Sulaim itu pergi memilih unta.
Unta pertama yang dipilih sangat jinak. Baginya unta itu sesuai bagi tunggangan Abu Zaar. Lalu dia tidak menyembelih unta pertama itu. Kemudian beliau memilih unta yang kedua. Unta yang kedua itu juga baik cuma berbeza dengan yang pertama.
Melihat unta itu, Abu Zar berkata: "Kamu tidak menepati janji yang kamu buat kepada saya sebelum ini."
Selepas mendengar penjelasan Abu Zar, orang dari Bani Sulaim itu berpatah balik dan mengambil unta pertama yang dipilihnya tadi. Unta itu adalah yang terbaik diberi makan kepada orang miskin.
Abu Zar menyuruh dua orang menyembelih unta tersebut. Beliau juga berpesan kepada tukang sembelih unta itu supaya membahagikan daging sama rata kepada orang miskin tadi. Beliau juga berpesan supaya meninggalkan satu bahagian yang sama bagi keluarganya.
Kemudian Abu Zar memanggil orang dari Bani Sulaim itu. Beliau bertanya: "Adakah kamu sengaja mengingkari arahan saya atau kamu sebenarnya terlupa dengan arahan saya itu?"
"Saya tidak terlupa. Saya sebenarnya merasakan bahawa unta pertama itu sesuai bagi kenderaan tuan. Unta itu sangat jinak. Tuan amat memerlukannya. Manakala unta kedua sesuai dijadikan makanan dan diberikan kepada orang miskin itu," jawab orang dari Bani Sulaim itu.
Abu Zar berkata lagi: "Saya beritahu kamu bilakah sebenarnya saya memerlukan harta itu? Iaitu semasa saya berada di dalam kubur. Ada tiga perkara yang berhak ke atas harta saya itu.
"Pertama, takdir. Tiada sesiapa yang berhak menghalangnya sama ada baik atau buruk. Harta itu tetap diambilnya.
"Kedua, pewaris harta itu. Mereka hanya menunggu saat kematian saya. Selepas saya mati, mereka bakal memperoleh harta itu. Ketiga ialah diri kita sendiri. Sekiranya kita dapat menguruskan harta itu, kita tidak perlu berkongsi dengan dua perkara tadi. Kita perlu menguruskan harta itu dengan sebaik mungkin."
Bagi Abu Zar, beliau tetap memberikan harta yang paling disayanginya kepada orang yang memerlukannya sebagai bekalan hari selepas kematiannya. Orang dari Bani Sulaim itu memahami penerangan Abu Zar.
Oleh yang demikian kita perlu membelanjakan harta kita ke jalan yang disukai oleh Allah. Barang yang mahu kita berikan kepada orang lain adalah dari barang yang paling kita sayang.
Petikan daripada buku Sayap dari Syurga PTS Publications.
Utusan Malaysia Online - Bicara Agama
Sabtu, 14 Ogos 2010
RAMADHAN AL-MUBARAK

• Fadilah bulan Ramadhan.
وعن أبي هريرة أن رَسُول اللَّهِ قال: (إذا دخل رمضان، فتحت أبواب السماء، وغلقت أبواب جهنم، وسلسلت الشياطين) وفي لفظ ( فتحت أبواب الجنة ) مُتَّفّقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bila Bulan Ramadhan tiba pintu langit dibuka, pintu neraka Jahannam dikunci dan syetan-syetan dibelenggu”. Dalam riwayat yang lain: " pintu surga dibuka". Muttafaq ’alaih.
• Fadilah Orang yang Berpuasa.
وعن سهل بن سعد عن النبي قال: ( في الجنة ثمانية أبواب ، فيها باب يسمى الريان لا يدخله إلا الصائمون ) مُتَّفّقٌ عَلَيهِ.
Dari Sahal bin Sa’ad r.a, dari Nabi SAW, ia bersabda: “Sesungguhnya di surga ada delapan pintu, diantaranya ada yang dinamakan Rayyan, tidak seorangpun yang masuk dari pintu tersebut selain orang-orang yang berpuasa”. Muttafaq ’alaih.
• Fadilah Puasa Ramadhan dengan Penuh Keimanan dan Keikhlasan.
عن أبي هريرة عن النبي قال: ( من صام رمضان إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه ) مُتَّفّقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, ia bersabda: “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampunkan dosanya yang telah berlalu”. Muttafaq ’alaih.
• Fadilah Qiyam Ramadhan dengan Penuh Keimanan dan Keikhlasan
عن أبي هريرة أن رَسُول اللَّهِ قال: ( من قام رمضان إيماناً واحتساباً ؛ غفر له ما تقدم من ذنبه ) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang shalat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, niscaya diampunkan baginya dosa yang telah berlalu”. Muttafaq ’alaih.
• Fadilah Berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan dilanjutkan dengan puasa enam hari di Bulan Syawal.
عن أبي أيوب أن رَسُول اللَّهِ قال: ( من صام رمضان ، ثم أتبعه ستاً من شوال ؛ كان كصيام الدهر ) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Abu Ayyub r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal seolah-olah ia berpuasa satu tahun”. HR. Muslim
Khamis, 1 Julai 2010
SYAITAN MUSUH MANUSIA


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
